FAQ

Sekiranya saya tidak mendaftar akaun, apakah yang boleh diperolehi daripada aplikasi WALCS?

Anda hanya boleh mengakses aplikasi WALCS selepas mendaftar akaun.

Adakah aplikasi WALCS menerima emel semasa mendaftar akaun?

Setelah anda berdaftar akaun baru, anda harus mengesahkan emel melalui emel akaun yang sah.

Bagaimanakah cara untuk mempelajari penggunaan aplikasi WALCS?

Anda boleh melihat Panduan yang telah disediakan.

Sekiranya saya terlupa kata laluan, adakah WALCS membenarkan saya untuk mendapatkan semula kata laluan?

Anda perlu memasukkan kata laluan yang baharu.

Adakah kandungan nota di aplikasi WALCS mengikut buku teks?

Rujukan kandungan nota adalah berdasarkan buku teks keluaran Kementerian Pendidikan Malaysia.

Adakah saya boleh memuat turun nota pelajaran?

Anda boleh memuat turun nota pelajaran.

Bolehkan saya memberi maklum balas sekiranya terdapat kesilapan pada kandungan dalam aplikasi WALCS?

Anda boleh menghantar maklum balas setelah membaca nota tanpa perlu log masuk.

Bolehkan saya memberi cadangan penambahbaikan bagi aplikasi WALCS?

Anda boleh memberi cadangan melalui borang maklum balas.

Adakah saya boleh menjawab kuiz lebih daripada sekali?

Percubaan menjawab kuiz boleh dilakukan 3 kali sahaja.

Apakah makna praktis kendiri?

Praktis Kendiri adalah ujian sumatif bagi setiap bab.

Apakah perbezaan antara kuiz dan praktis kendiri?

Kuiz adalah soalan yang disediakan bagi setiap bahagian dalam bab manakala Praktis Kendiri adalah soalan bagi keseluruhan bab.

Sekiranya saya terlupa kata laluan, adakah WALCS membenarkan saya untuk mendapatkan semula kata laluan?

Anda boleh memasukkan kata laluan yang baharu melalui Terlupa Kata Laluan.

Sekiranya saya hendak membuat semakan semula pada soalan yang telah dijawab, adakah aplikasi WALCS menyediakan kemudahan ini?

Anda boleh melihat dengan memilih butang ‘Ulang kaji’ di setiap Kuiz dan Ujian.

Bolehkah pengguna lain melihat prestasi pencapaian saya?

Tidak. Anda hanya boleh melihat Laporan Prestasi berdasarkan akaun sendiri.