Pembelajaran

Sains Komputer

Web Application for Learning

Computer Science (WALCS)

Pengenalan WALCS

Web Application for Learning Computer Science (WALCS) ialah aplikasi Web bagi pelajar sekolah menengah mempelajari subjek Sains Komputer. Ia mengandungi pelbagai nota pembelajaran yang ringkas mengikut kandungan buku teks oleh Kementerian Pendidikan Malaysia di samping kuiz dan praktis kendiri yang interaktif dan menarik. Aplikasi ini diperkenalkan oleh Centre for Advancement in Rural Education Informatics (iCARE) di bawah kerjasama strategik antara Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA). Projek iCARE berperanan dalam mewujudkan suatu pelantar bagi mengintegrasikan pelbagai program dan aktiviti berkaitan pendidikan ke arah kelestarian pembangunan modal insan di luar bandar iaitu di wilayah KEJORA melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi iaitu dalam bidang informatik pendidikan.